Nak menggapai awan,
bukan kerja mudah.
Perancangan kena tersusun.
Supaya rentak tidak berterabur.
Langkah biar teratur.
Agak tidak mudah tersungkur.
Dek keterujaan bertatih menuju bintang.
Tentunya rahmat Dia juga perlu sekali.
Mana mungkin kau boleh pergi
jika tidak diminta restu
daripada tuan empunya bumi & isi?
Maka dalam perjalanan,
Tatkala di altitude sekian sekian,
pasti akan terasa
seperti minyak kapal terbang tidak mencukupi.
ada sesuatu yang tidak lengkap.
akan perlu nutrisi lebihan
pembakar semangat tambahan
umpama quest dalam permainan MMORPG
"rebus segala rempah ratus
untuk dua hari dua malam
lalu dibubuh segala macam bacaan
dibungkus dengan kain berwarna sekian-sekian"
lalu poof! Jampi selesai.
Naiklah satu atau dua level.
Namun hakikat tidak semudah mimpi.
Maka kau terduduk di altitude itu
Mencari-cari inspirasi
bahan bakar tambahan, katanya.
Kaulihat kapal terbang lain
yang gah membelah angkasa.
Serta kapal angkasa perkasa
mara menuju angkasa
yang kau tak pasti hujung pangkalnya.
Kau cemburu. Itu biasa.
Ketika itu
baru kausedar
apa yang kauperlu
untuk maju ke hadapan.
Namun
menyedarinya sahaja
tidak cukup.
Mencari kepingan puzzle yang hilang itu
bukan kerja mudah.
Jinak-jinak merpati.
Tampak mesra dari jauh, namun sukar didekati.
Sekali tersisip, jauh kaujatuh ke bumi.
Sekali lagi kembali ke petak mula.
Namun, kaufikir,
"Apa aku peduli?"
"Telah banyak kali
aku terkesima & terduduk
semasa aku masih bermain di muka bumi.
Masakan apabila sudah mula menggapai awan,
aku tidak boleh terjun ke bumi lagi?"
Lalu kau menjadi nekad.
Dengan tawakal, kaumerancang strategi B.
Mungkin juga C, D, E.
Just in case, kata mereka.
Atau kau hanya berserah
dan memberikan yang terbaik.
"Jika jatuh juga, aku cuma perlu mula kembali.
Piece of cake.
Bukankah semua shortcut
sudah berada dalam genggamanku?"
Heh. Senyum sinis kepada sisi diri yang
dikatakan pesimistik.
Tetapi dalam hati, diucapkan terima kasih
kerana sisi pesimistik
menjadi check and balance
membantu koreksi diri.
Dengan lafaz basmalah,
kauteruskan perjalanan
dengan side quest
untuk menambah
koleksi obor pembakar semangat
di samping kautinggikan sasaran
"Kali ini kita cuba pergi ke Andromeda."
Ayuh sahabat! Ayuh diri sendiri.
Aku ucapkan semoga berjaya.
Semoga Dia tidak kita lupai.
Assalamualaikum.