Friday, April 29, 2011

Permainan yg Lain Macam.

Assalamualaikum. Hamba terbaca artikel ini. Agak terbeliak membacanya. Tidak diduga pihak berwajib telah memberikan perhatian terhadap perkara ini. Namun, hamba rasa macam sudah agak terlambat. Tambahan pula ada banyak lagi isu yg lebih penting yg perlu diberikan perhatian berbanding perkara ini yg rasanya tidak seberapa. Sebab setakat ini hamba tidak melihat mana-mana rakan seangkatan yg lalai tatkala bermain permainana yg dimaksudkan. Malahan lebih banyak lagi permainan sedemikian atau apa-apa sahaja yg berjenis permainan yg jauh lebih melalaikan.  Tidak mengapalah. Lebih baik lambat daripada tidak pernah. Lebih baik ada daripada tiada. Mungkin. Namun, hamba menduga apakah langkah yg akan dilaksanakan seterusnya oleh pihak berwajib berhubung perkara ini.


 KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.



Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Thursday, April 28, 2011

Taylor Swift-Back to December.

Motive? Just as the other songs I've shared, this song, too, resembles my story. Yeah, kinda typical. People always start to appreciate something only when the thing's not around. The difference is my story doesn't happen in December. This heart of mine beats tremendously each time this song plays from the first I listened to it till now. Haven't get boring of this one yet. The highlighted part is the part where I'm touched the most.

Wednesday, April 27, 2011

Pembentangan Hasil.

Assalamualaikum. Hamba baru usai menyiapkan kajian hamba mengenai kursus-kursus pilihan ketika ijazah sejak kira-kira jam 2200 tadi. Agak biasalah, utk masa hadapan yg sedikit cerah, apa salahnya berkorban sedikit, bukankah begitu? Malahan hamba sempat membantu sebilangan rakan-rakan lain yg turut meminta bantuan hamba melakukan kajian bagi pihak mereka. Sedikit-sebanyak hamba turut beroleh faedah daripadanya. 

Hamba melakukan kajian berdasarkan minat & pegangan hamba. Seperti yg hamba pernah utarakan, tujuan hamba melanjutkan pelajaran adalah kerana ilmu itu sendiri yg ingin hamba pelajari, bukannya kerja yg boleh diperoleh dgn kelulusan tersebut. Tiada pula minat hamba utk fokus kepada satu subjek sahaja. Oleh sebab hamba sayang utk meninggalkan subjek yg lain yg dipelajari sekian lama sejak Tingkatan Empat, maka hamba cuba mencari subjek yg memerlukan kemahiran dalam kesemua subjek Biology, Physics, Chemistry & Mathematics. Jika ada pengecualian, biarlah Chemistry sahaja ditiadakan. Motif? Salahkan peperiksaan akhir asasi subjek Chemistry II hamba.

Tuesday, April 26, 2011

Studying, redefined.

Assalamualaikum. My definition of studying is redefined again. Credits to those talks I had with my classmate this morn, till I skipped off work. Foolish me =.='' 

When it comes to gaining knowledge, these two words always come to sound familiar to the ears, that are studying & learning. Learning, as stated in Concise Oxford English Dictionary means "to acquire knowledge of or skill (in something) through study or experience or being taught. Well then, going to tutorial classes, lectures, working & conducting life processes are considered learning. Studying on the other hand, means "the devotion of time & attention to acquiring knowledge, especially from books". I must say that studying is considered as another specific way of learning. 

Bukan gambar saya #1

Saturday, April 23, 2011

Warkah ini untuk tuan hamba, jodoh hamba di masa hadapan.

Assalamualaikum. Warkah ini hamba tulis setelah mendapat kebenaran cik Faten Muhamad. Ianya mungkin boleh diterangkan sebagai balasan kepada warkah yg dititipkannya. Bagaimanapun, ianya tidak ditulis secara umum, sebalik ditulis seperti . . . hurmmm. Seperti. . . bagaimana mahu hamba khabarkan? Ianya seperti hamba yg menjadi subjek, yakni first person point of view. Tujuan supaya hamba akan lebih memiliki ilham utk mencoretnya. Tidak pasti jika istilah ini bisa menerangkan apa yg cuba disampaikan. Ah, biarlah. Kita terus ke warkahnya.


Friday, April 22, 2011

Changing Jobs.

Assalamualaikum. Here is the chronology of what's happening.

Day 1, 1/4/2011- Everything's looking good & fine. Got our uniforms. Briefed about the work, salary etc etc. Well, it's in brief, so not much were discussed, I guessed. Went for a walk throughout the shopping lot from the third floor to the sixth floor continuously in the last hours of work. The task was to remember a few brands being in sale here.

First few days from 2/4/2011 till 7/4/2011 - Again, we were assigned to go throughout the floors. This time, in order to get into details of what the job was actually about, we were told to do it separately with the seniors, I supposed. I was doing the task with another guy & Fikri Syafiq was doing the task with another. We were taught about the procedures, protocols, where to eat during breaks & so on & so forth. 

Thursday, April 21, 2011

Hamba.

Assalamualaikum. Mulai tika, detik & saat ini, biarlah hamba membahasakan diri sebagai "hamba" sahaja. Punca? Kerana hamba sememangnya hamba. Kepada pencipta segala. Yang tidak bisa disembah sesuatu yg lain pun melainkan-Nya. 

Saturday, April 16, 2011

Kalau Sudah Bekerja.

Bukan gambar saya.

Kepada yg nak cari kerja @ yg sudah bekerja, sila ambil perhatian :

Friday, April 15, 2011

Simple Plan-Welcome to My Life.

Assalamualaikum. This song really hits me these one or two days. Feels like I'm truly the subject in the song. Don't care if the song's kinda old or not. Huhu.



Wednesday, April 13, 2011

Shลrai no yume (Dreams for Future).

Assalamualaikum. The results are coming out. The tense is everywhere. Probably it's just the same as the tense when the finals are coming. To the successful candidates, it's a sure thing that smiles are set on their cheeky faces for a few days. For the less lucky candidates, they may attempt to hide themselves in their tiny shells for as long as they could take. Well, can't be helped. It's normal. Likewise, in this case, perhaps most of my colleagues have scored freaking good grades for their results, & I'm happy with them :) Here, I personally want to congratulate Nur Syafiqah Shafie, Rizal Maula Mohd Nor, Siti Amnah, Farah Amirah aka Ferra, Syafiah Fatin aka Peah, Dini, Syahirah Aiman & others whom joined me during my last days of speed studying for finals for their excellent results. I just know it even though most of you don't keep me updated about your results. Hey that's arrogant! Okay sorry =______= Guys, it doesn't matter how much you've scored, what matters is you've made it! That is definitely something to feel proud of. For Amnah, I know I don't help you much, but if you feel it that way, I'm just as delighted, because the joy of teaching is to see the students to scale even greater heights than the teacher himself, & guess what? You scored more than me! Ahhhh I don't care about anything else right now. Only when I make it to Melaka again, DO GIVE ME A TREAT, okay? :PP

Sunday, April 10, 2011

Balik Kampung? 2

 Assalamulaikum. Kembali sudah di Kuala Lumpur yg sesak. Esok perlu menghadap kerja. Tapi macam tak nak hadap pon ada. Sebab result nak keluar kan. Plus alang-alang nak buat tahi, baik buat betul-betul. Hee. Harap-harap tiada masalah. Cuak pula rasanya. Tape la, sudah kita yg bersalah, maka kitalah yg kena tanggung salah itu, bukan? Dititipkan di sini sedikit gambar kami, yakni aku, Faizran, MIA & Ariff Ashyraf @ Melaka. Kalau nak tengok gambar yg selebihnya, sila jenguk profile Facebook MIA ye. FYI, dalam album kali ni aku belajar nak senyum balik. So most of the pics mungkin boleh nampak muka aku yg kelat :/

Saturday, April 9, 2011

Balik Kampung?

Assalamualaikum. Ya, hari ini saya di Melaka.  Bukan apa, Faizran & Ariff Ashyraf sudah merantau ke Pulau Pinang & Perak, kemudian mereka melepak di rumah MIA utk turun ke Melaka di hari seterusnya yakni semalam. Tambahan lagi MIA yaitu tuan rumah saya juga ingin mengambil bahagian. Maka, saya tidak mungkin membiarkan sahaja mereka tanpa turut serta juga. Oleh yg demikian, saya mengambil keputusan melarikan diri daripada kerja. Walaupun pakaian seragam sudah tersarung di tubuh, saya rela kerana ini hanya sebentar. Sebentar sahaja ya. Tidak lama. Harap-harap mereka yg menjadi bos-bos saya menyedari hakikat ini & tidak akan melenting sekembalinya saya pada Isnin nanti. Walaupun alasan saya utk terbang kerja sangat tidak munasabah + kantoi. Tapi apa saya kisah? Asalkan saya memberitahu mereka yg saya akan ghaib utk dua tiga hari karena keberadaan saya di Melaka. Heee. Maafkan saya Fikri Syafiq. Ketiadaan saya tentu menyulitkan anda karena anda bersendirian di rumah MIA serta terpaksa bekerja lebih T.T

Objektif Penubuhan UiTM


Assalamualaikum. Nak share kat FB, tapi malas. Share kat sini je lah.

Objektif Penubuhan UiTM Berbeza Dengan Universiti Lain - NC

SUNGAI PETANI: Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak
berminat dengan sistem ranking universiti kerana agenda
penubuhannya adalah berbeza dengan universiti lain sama
ada di dalam atau di luar negara, kata Naib Canselor, Prof
Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau berkata, UiTM tidak akan berlumba atau bersaing
dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain untuk menjadi
universiti terbilang.

"Matlamat penubuhan setiap IPT termasuk UiTM adalah
berbeza. UiTM mengambil pelajar miskin yang tidak ada
orang (IPT lain) yang hendak untuk menjadikan mereka yang
terbaik. Oleh itu apa sebabnya kita mesti menyertai ranking
dan bersaing dengan Harvard (Universiti Harvard di Amerika
Syarikat).

"Universiti Harvard terima pelajar yang kaya, ada kuasa,
anak-anak orang ternama dan mereka keluarkan siswazah
terbaik untuk Amerika.

"Jadi, bersaing dengan mereka adalah kerja bodoh dan kita
akan tersimpang jauh dari tanggungjawab dan tujuan asal
kita," katanya kepada pemberita semasa melawat UiTM
Kedah di Merbok dekat sini Rabu.

Beliau diminta mengulas tentang kenyataan Ketua II
Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul
Latiff Abu Bakar yang menggesa Naib Canselor atau Rektor
IPT yang ingin mengejar ranking sehingga meminggirkan
pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa
Melayu, supaya melepaskan jawatan.

Dr Sahol berkata, sejak awal lagi beliau telah menyatakan
pendiriannya tidak akan menyertai persaingan ranking.
Jelas beliau, dengan tidak menyertai sistem ranking, UiTM
masih mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Beliau juga tidak mahu dilihat oleh pihak tertentu sebagai
naib canselor yang "gila ranking."
Katanya, UiTM juga tidak bermasalah untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan meskipun menggunakan bahasa Inggeris
sebagai pengantar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

"Kita gunakan bahasa Inggeris tapi tidak pinggirkan bahasa
Melayu. UiTM merupakan satu-satunya IPT yang mewajibkan
pelajarnya mempelajari tulisan Jawi. Ini adalah usaha murni
untuk martabatkan bahasa Melayu," tegasnya.




Sumber : mStar Online : Objektif Penubuhan UiTM Berbeza Dengan Universiti Lain - NC

Wednesday, April 6, 2011

A Letter From Heart to Brain (Can A Brain Write A Letter by his own? =.='')

Dear heart,

I know you're a good lover, a faithful companion & a helpful partner. Keep it up. With all these, we'll turn out to make our master as a good friend, leader, husband & father in future. Amin.

Yet, you know that our master's in the toughest mission of his life. He's in a live-or-dead situation. He's in a critical age. He's in a transition from adolescence to adulthood. Yeah, we both know that he's mentally prepared for that, but what about the physical preparation? Any stable financial condition? Any assets owned? Any skills honed? Probably the answer is approaching zero which can be rounded off to none. NONE! Yet, you're still thinking that he's going to survive? Hell no. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...