Assalamualaikum.
Makan, itu perlu.
Makan yang mahal-mahal, itu pilihan.
Berkereta, itu perlu.
Berkereta yang mewah-mewah, itu pilihan.
Walimatul urus, itu perlu.
Majlis resepsi, itu pilihan.
Terus hidup, itu perlu.
Mengutamakan kualiti (bahkan jenama), itu pilihan.
Mendalami ilmu, itu perlu.
Mendalaminya setengah jalan, itu pilihan.
Menginfakkan harta, itu perlu.
Membelanjakannya dengan berjoli katak, itu pilihan.
Memiliki kehormatan, itu perlu.
Memperdagangkannya, itu pilihan.
Bersuara, itu perlu.
Bersuara tanpa isi, itu pilihan.
"To know the system", itu perlu.
"To condemn the system", itu pilihan.
Bersakit-sakit dahulu, itu perlu.
Bersenang-senang dahulu, itu pilihan.
Perubahan, hijrah. Itu perlu.
Ke kiri, ke kanan atau ke hadapan? Itu pilihan.
Menyedari hakikat, itu perlu.
Melaksanakan tindakan yang bersesuaian, itu pilihan.
Membaca & bersetuju dengan kalam ini, adalah satu pilihan.
Mempunyai "common sense"
untuk mendalami "context" kalam ini...
itu perlu.
Sekian.
Not my pic. |
No comments:
Post a Comment