Aku suka.
Tapi aku sebak.
Aku sedih.
Tapi masih boleh gembira.
Aku tertekan.
Tetapi masih boleh bertenang.
Aku bersantai.
Tapi aku gusar.
Aku keliru.
Tapi dalam keliru, aku nampak jalan.
Sedang dalam nampak jalan itu,
Sedang dalam nampak jalan itu,
aku rasa seperti aku masih lagi kurang jelas.
Aku benci.
Aku benci.
Tapi dalam benci, aku rasa sayang.
Campuran perasaan.
Gabungan hormon.
Tidak menentu.
Berikutan pelbagai perkara
datang menerpa.
Sehingga aku hentak diri sendiri,
"Aku tidak punya masa untuk semua ini."
"Satu-satunya perasaan yang perlu kutanam
"Satu-satunya perasaan yang perlu kutanam
dalam jiwa
adalah takut."
"Takut akan Dia."
"Takut akan Dia."
"Apakah Dia masih lagi pemurah
untuk meminjamkan aku satu lagi saat
untuk menghirup nafas di bumi-Nya?"
"Apakah aku masih punya kesempatan
untuk melunaskan segala tanggungjawab
sebelum tiba masanya?"
Takut yang bukan paranoia.
Takut yang memandu
ke arah peningkatan diri
dari masa ke masa.
Moga kestabilan akan ditempa.
Moga Dia memudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment