Assalamualaikum.
Saya sepatutnya bersyukur
sebab kursus yg saya peroleh ini
adalah kursus yg saya pohon
kursus yg saya mahu
kursus yg saya minat
kerana keselariannya dengan agenda saya
"untuk mempelajari
benda yg tidak boleh dipelajari secara sendiri"
kerna andainya direnung semula
masih banyak lagi rakan yg kurang bertuah
terutamanya rakan seperjuangan di Asasi Sains
punya keputusan yg baik tetapi sayang dihampakan UPU
punya kelayakan tapi sayang
disepak UPU ke kursus bukan idaman
apakah saya juga seorang mangsa?
Bukan.
Saya cuma ditakdirkan untuk berada di sini
kerana saya yg meminta untuk berada di sini
maka sebagai seorang lelaki
saya perlu menghabiskan kerja yg telah saya mulakan
oleh itu tiada sebab untuk saya berdolak dalih
bermadah helah
bermadah helah
Tidak dinafikan
Kecemburuan terhadap rakan rakan
yg berjaya menyambung pelajaran
di sekitar KL / Selangor
tapi itu rezeki mereka
rezeki saya di sini.
Mungkin
Dia punya agenda juga untuk saya.
Tidak mengapalah.
Teruskan sahaja rentak
Harapannya agar mereka yg di KL / Selangor
serta di seluruh Malaysia
tidak melupakan saya
Bilalah nak grad nanti jemputlah datang ke majlis graduasi.
Oh ya
mereka itu ditujukan kepada rakan rakan asasi.
Umi pon sudah kata "Umi okay je kalau Along pergi sana".
Umi memang umi paling sporting.
Harap harap dapat mak mertua macam tu jugak nanti.
Kan Aisyah? Amin *gatal*
MQA pon sudah approve itu course
Apa lagi sebab untuk kumenolak rezeki?
Jalan sudah terbentang di hadapan
Tinggal saya sahaja yg perlu meredah
segala onak duri
yg mungkin tersembunyi
di balik pepohon rendang yg menjadi persinggahan
sepanjang perjalanan.
Kesimpulannya?
Hai UniMAP.
Hai Perlis.
Saya bakal menghabiskan masa
meninggalkan jejak jejak
di bumi anda selama empat, lima tahun
Semoga kita dapat bekerjasama :)
Semoga saya dapat biasiswa JPA juga
serta menamatkan pengajian dgn sebaik baik cara
Kalau tidak mungkin saya akan terjun
dalam mimpi je lah. Wee~
Apapun
Saya sangat sangat berharap
agar rakan rakan asasi yg terkandas
dapat memenangi rayuan UPU
seterusnya sambung semula belajar di IPTA
Tidak seronok rasanya
melihat rakan rakan seperjuangan
yg bersama sama ketika di asasi
hilang punca ketika pengajian degree
belum pun bermula.
Sekian.
Sebenarnya saya sudah kena tidur.
Esok kerja sepanjang hari
mencari rezeki
tengok tu
Gaya bahasa keseluruhan artikel pun
agak laen macam
Huhu
Baiklah
Assalamualaikum.
P/S: Gambar yg ditampilkan bukan milik saya.
P/S: Gambar yg ditampilkan bukan milik saya.
"Kan aisyah?"
ReplyDeleteHEHEHEHE
cis. cis. cis. typo tu. typo *cover*
ReplyDeleteXD
ReplyDeletewelcome to unimap! :)
ReplyDeleteterima kasih kak :))
ReplyDelete