Assalamualaikum.
Siapa yg tak sedih
apabila sesuatu yg diusahakan
sedang punah sendiri
di hadapan mata
tanpa diri dapat berbuat
apa-apa
Tiada lagi erti
sebuah kemenangan
sekelumit kegembiraan
tanpa rakan-rakan seperjuangan
yg boleh dikongsi
detik-detik manis itu.
Apalah guna
sekalian perkara
yg dapat aku kecapi
andainya rakan taulan sendiri
gagal kutambahkan seri
dalam persahabatan yg bersemi
maka apabila persahabatan
hilang serinya
kusamlah jadinya
oleh itu
akan terlihatlah retak-retak
yg bukan sengaja dibina
tiba-tiba sahaja muncul
tanpa diundang
lalu hari demi hari
dari masa ke masa
retak itu makin ketara
dingin makin terasa
lantas apabila diusik
maka robohlah ia
tugu persahabatan itu
Maafkan aku.
Mungkin sahaja
aku bukan teman yg baik.
Mungkin sahaja
aku sering memaksa.
Mungkin sahaja
aku sering berlaku biadap.
Mungkin sahaja
aku terlalu menjadi diri sendiri
tanpa mengambil kira
hati dan perasaanmu, sahabat
Mungkin sahaja
aku terlalu mengharap.
Iya
mungkin rakan sekelas
harusnya kekal menjadi rakan sekelas
tiada apa-apa yg istimewa tentang itu
ketua kelas juga
harusnya kekal menjadi ketua kelas.
Aku bukannya agen penyatuan ummah.
Bukan juga pengatur cara
sekalian jemaah.
Aku hanya memastikan
urusan kelas berjalan lancar
dan cukup. Cukup.
Tidak lebih daripada itu.
Mungkin.
Akan aku hukum diri sendiri
dengan kesunyian ini
mengarang laraku
mengenang kembali masa lalu.
Aku yg terperangkap
dalam kapsul masa.
Sekian.
Not my pic. |
No comments:
Post a Comment