Assalamualaikum. Coretan pertama selepas peperiksaan akhir. Setakat coretan ini, hati sudah meronta-ronta nak pulang ke Melaka. Boleh tak aku hidup dalam bandar kecik tu je?
Wajah baru MP. Dulu tak lawa pon macam ni :P |
Laluan nak balik rumah hari-hari. Rasanya sekarang ni pokok yg dekat dgn bas tu da kena tebang. |
McD DP 1 waktu malam. |
Aku rasa macam nak habiskan masa muda aku & sisa-sisa usia aku dekat sini je. Maybe this is what Mr Peter Suan, Madam Vijaya & lain-lain rasakan. Walaupun diorang boleh pergi duduk dekat tempat yg lagi baik, diorang choose untuk stay dekat Melaka & mendidik manusia-manusia seperti aku. Ye saya riak. Astaghfirullah.
Best weyh sebenarnya Melaka ni. Walaupun tak ade la besar mana macam Subang, KL & yg sewaktu dgnnya, tapi memori aku di situ - SANGAT PRICELESS ye. Teringat time sekolah dulu, setiap hari kalau nak balik rumah dekat Melaka Sentral tu, mesti lalu Mahkota Parade sebab nak naik bas yg memang ambil penumpang di belakang mall tersebut, walaupun da ade signboard terang-terang kata jangan ambil penumpang di situ. Biasa lah diorang ni semua, liat. Mengalahkan daging ayam kampung. Ngeh ngeh. Lepas tu Dataran Pahlawan siap bila aku tengah Tingkatan Tiga. Memang seronok la hidup. Berjalan tak ingat dunia. Tambah-tambah dengan wayang baru bukak @ tingkat 5 kan. Maklum lah budak tak pernah pergi wayang =.='' Namun, Mahkota Parade tetap jadi pilihan kalau nak main boling. Okay sudah. Hentikan. Mungkin sekali aku merasakan begini kerana aku tak sempat nak ucap selamat tinggal. Ye, aku takkan datang lagi ke tempat tu untuk jangka masa terdekat ini. Terdekat itu pun tak tentu lagi. 10 tahun kemudian pun boleh kata terdekat lagi, ye tak? Tapi takkan lah selama itu kan =.='' Cuma sehingga aku dah betul-betul stabil. Huhu. Enam bulan yg mendatang ini kena banyak pakai survival skills. Perlu mencari kerja segera. Termasuk juga tempat tinggal. Harap-harap aku dapat bertahan. Amin :)
Alamak. Nak kena hantar barang ke rumah MIA. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment