Monday, June 20, 2011

Saya nak buat blog. Motif?

Assalamualaikum. Tujuan saya buat blog :

Nak je buat diari macam ni tapi biasalah tangan malas nak tulis. Last last jadi hobi kumpul diari kosong setiap tahun pastu agak agak kalau tak pakai, terus buang ketika aktiviti mengemas tahunan. Err.

Menulis catatan diri tentang apa yg berlaku setiap hari (konon macam diari la ni)

Sekadar dibuat kenang-kenangan

Dikongsi pendapat mana yg perlu

Dikongsi mana mana ilmu yg ketemu

Dikongsi mana mana bahan kegemaran macam lagu @ video kegemaran DLL

PALING PENTING : Kalau boleh, nak bukukan semua entry blog ni bila dah tua nanti, lepas tu nak bagi kat anak cucu serta keturunan yg seterusnya. Kiranya kalau nak buat autobiografi nanti adalah bahan nak buat cerita kan. Bila dah tua nanti bukannya ingat sangat. Errr. Tak nak la sampai kena Alzheimer T.T Seboleh bolehnya nak sangat maintain sihat sampai tua. Amin.

Baiklah. Sekian. Assalamualaikum.
(P/S: Nampaknya aku tak dapat nak mengekalkan gaya penulisan sedia ada *muka sedih. KONON*)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...