Tuesday, June 14, 2011

Last Day at Work.

Assalamualaikum. Benar, rasa sebak tatkala membaca message ini : 

"Nanti aku akan ingat time aku gelakkan kau, time kau buat aku melatah, time kau petik jari, huh. Sengal betul. Haha. Takpe lah, Facebook @ handphone boleh contact lagi. Aku tahu kau akan rindu Watsons Pavilion nanti :P"

Sri Handiyani, pandai kau buat aku touching kan. Fineeeeeee.
Harapanku, semoga ukhwah yg dibina kekal. Walaupun kau nanti nak pergi sambung belajar, jangan lupakan aku & jugak Sue. Bukan kau seorang yg sambung belaja tau? Haih. Aku sudah pernah berjanji dgn diri sendiri agar cukuplah persahabatan dgn rakan-rakan sekerja di McD dahulu. Tapi nampaknya ianya tidak dapat dielakkan. Jumpa pulak these two girls mentioned above ketika bekerja di Watsons Pavilion. Seriously, the only reason I'll miss Watsons Pavilion is because of you two, Sri Handiyani & Suriati Mohammad. In future, kalau both of you tak ingat aku, siap lahhhh. Heheh 3:-)

Pandangan terakhir ke Watsons Pavilion. *sebak jugak time ni. Haih*

Tidak mengapalah. Yang penting, urusan aku dgn Watsons Pavilion usai sudah. Lagipun, bukannya lepas ni takkan datang lagi Pavilion. Silap silap kalau gaji diberi dgn cek, aku kena bertandang lagi ke tempat ini.

Apapun, misi seterusnya ialah untuk kembali ke Melaka & bekerja di sana. Oh, di antaranya ada sedikit aktiviti bersantai dgn rakan-rakan. Keluarga juga. Mungkin :D 


Moga-moga rezekiku murah dgn tawaran kerja apabila di Melaka kelak. Masih perlu mencari duit tambahan utk kegunaan sendiri serta utk simpanan peribadi.

Baiklah. Sekian. Assalamualaikum.

P/S : Tiba tiba rasa nak ber"aku kau" untuk tulisan kali ini. Eh, bukannya aku sedang menaip ke? O.o

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...