Assalamualaikum.
Bila gaji nak masuk
atau nak masuk tapi tak masuk masuk (worst case)
atau duit dah mula menyusut ke tahap bahaya
Maka menyusul pula segala ragam kesan tekanan jiwa.
Gelisah tak tentu pasal
Low self-esteem
Terpaksa menelan air liur saat melihat benda yg boleh dibeli tapi hanya mampu ditatap
Mula membelek belek kad ATM dgn lebih kerap
tidak lupa juga memeriksa baki dgn lebih tetap walaupun disedari tiada baki di dalamnya
serta berdebar-debar menghitung hari
saat gaji akan dimasukkan ke dalam akaun bank ini.
Haih.
Aku memang akan sentiasa buat perangai macam ni agaknya bila masa masa begini menghampiri.
Mengapakah begini? Adakah ianya perangai turun temurun? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.
Tapi benar, rasa tak selamat kalau takde duit / baki berkurangan ke paras bahaya.
Apakah ini suatu norma? Atau hanya aku yg berperasaan sedemikian?
Istighfar. Bungkam.
Oh ya
Broadband ni pulak buat hal
Dari kelmarin dah asyik buat perangai biru hijau biru hijau dia
Mesej pon da sampai.
Padahal main Facebook, Twitter dgn blog je.
Pelik betol.
Kini tinggal nak tunggu duit nak tambah had.
Itupon kalau ade baki lebih.
Nak kena naik KL sekali lagi. Untuk mengambil gaji akhir di Watsons.
Nampaknya selamat tinggal Bon Odori.
Sekali lagi. Terlepas kamu untuk tahun ke-3.
Ya, ianya telah dijangkakan. Tapi mungkin kerana jangkitan sindrom tunggu duit ni
-dah macam puaka je-
Aku jadi agak tertekan.
Tidak mengapalah.
Dugaan.
Pastinya akan ada sinar di sebalik litupan kegelapan.
Harap harapnya lusa gaji dari Petronas pula dah masuk. Amin.
Pada masa yg sama, dah kena cari kerja lain
sebab dah sah lah bahawasanya terlibat dalam jual beli rokok is totally a no go
berdasarkan segala pembacaan yg dibuat.
Nak cuba menghubungi Parkson Melaka Mall kembali esok pagi.
Semoga ada hasil positif. Tolonglah.
Saya cuma nak cari kerja halal.
Dah tak kisah dgn kepelbagaian pengalaman kerja yg dicari selama ini.
Sobs.
Sekian.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment