Tuesday, February 1, 2011

Unik.

Menjadi orang biasa sangat jarang terlintas di fikiran. Cuma keunikan sahaja menjadi buruan. Keunikan yg sangat-sangat yg mana ianya tak terjangkau di pemikiran orang lain lantas ia menjadi ikutan. Ya, minoriti itu unik. Kalau semua orang nak ikut arus, melawan arus menjadi pilihan hati. Kalau semua orang nak pakai X, Y itulah menjadi kegunaan diri. Itulah diri. Tak pernah nak sama dengan apa yg orang lain fikir. Tapi jadi unik itu kadang-kadang tak best. Terutamanya bila orang tak nak terima kelainan itu. Pedih lagi jika keunikan yg ditonjolkan itu dianggap sekadar biasa-biasa sahaja berikutan terlalu ramai orang yg unik di sekeliling diri sendiri. Tambahan pula belakangan ini sejak diri berkelana keluar melihat isi duniawi, semakin banyak insan-insan unik yg ditemukan sepanjang perjalanan. Misalannya, insan A mungkin seorang yg genius. Insan B seorang yg kaya-raya. Insan C pula keramahan mengatasi segala. Insan D dengan kebolehannya yg jarang dimiliki oleh insan lain seperti bermain alat muzik, berenang, pakar IT, bijak berniaga (sekadar memberi beberapa contoh). Maka jadilah diri ini seorang insan yg tersisih berkelana sendirian di Bumi ciptaan Illahi. Lantas kesedaran mula timbul di dalam diri bahawa diri ini hanya hambaNya yg kerdil yg dipinjamkan serba serbi. Boleh ditarik tanpa mengira detik waktu dan ketika. Tidak mengapalah. Terpaksa menerima keadaan seadanya. Kerana sudah pasti bila sampai masa yg ditentukan, roda kehidupan akan berputar dan kembalilah hamba kerdil ini berada di atas puncak dunia. Hanya ketahanan yg utuh dipinta untuk mengharungi waktu-waktu sukar di bawah putaran roda hidup insani.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...