Monday, May 23, 2011

23/5/2010 & Ingatan yg Tersemat Bersamanya.

23 Mei 2010. Setahun yg lalu. Hamba sudah tidur ketika ini. Lagi lapan jam, hamba sedang bersiap-siap untuk ke sebuah tempat yg hamba tidak pernah jejakkan kaki ke sana lagi ketika itu. UiTM Puncak Alam. Puas hamba cari maklumat tentang UiTM Puncak Alam detik itu, but guess what? It's not sufficient enough. Orang kata kampus baru. Hurmmm. Patut pun begitu jadinya. 

Masih teringat lagi. Semua barang diangkut masuk kereta Pak Long. Sangat berterima kasih kepada mereka. Merekalah penaja tempat tinggal & kenderaan sebelum hamba tiba di UiTM Puncak Alam. Nenek disalami sebelum pergi :/ Sayang, masa itu tidak dapat bersalam dgn umi untuk meminta restu sebelum bertolak ke sana.  


Masih teringat lagi. Dalam perjalanan, Ariff Ashyraf dihubungi. Tidak pasti sama ada siapa yg menghubungi siapa dahulu. Rasanya itu kali pertama kami berbalas mesej. 

Masih teringat lagi. Tidak pasti sama ada ini perjalanan ini benar-benar berbaloi atau tidak. Keputusan dibuat pun kerana Kolej Matrikulasi yg diperoleh langsung tidak kena dgn apa yg diminta ketika permohonan dahulu. Rasa menyesal pun masih berbekas ketika itu sebab memilih UiTM sebagai pilihan pertama kerana kebongokan diri sendiri yg tidak melakukan kajian terperinci. 

Masih teringat lagi. Kali pertama tiba di Selangor. UiTM Puncak Alam gagal ditemui. Lantas Pak Long berjumpa dgn Pak Cik Majid di UiTM Shah Alam. Beliau lecturer di Puncak Alam juga. Rasanya dekan juga kot. Tidak pasti pula. pekan Meru. Mata terpaku. Terkesima. Melihat-lihat sekeliling dgn rasa teruja sedikit. Kelaziman apabila tiba di tempat baru. Pada masa kejadian, konvokesyen sedang berlangsung. Jika tidak silap. Pak Cik Majid membawa kereta ke Puncak Alam. Kami membuntuti beliau. 

Masih teringat lagi. Kali pertama tiba di Puncak Alam. Masya-Allah. Maha sesak. Dari pintu pagar hadapan sampai ke atas kolej. Tersekat-sekat pergerakan kenderaan. Ada yg kenderaan mereka terhenti di pertengahan jalan. Kasihan. Namun tidak dapat dibantu. Maaflah. Oh ya. Lagu apa ya yg berkumandang dalam kereta Pak Long ketika itu? Kalau tak silap, Hijaudaun dgn Suara Kuberharap serta Sofaz dgn judul lagu yg gagal diingati =___= Paling tak tahan dgn trak KFC yg berada di kawasan fakulti ketika itu. Tidak kurang dgn jumlah bas yg berduyun-duyun. Dengar kata bas dari UiTM Kuala Pilah juga diguna sama untuk membantu pergerakan pelajar ke kolej kerana para ibu bapa tidak dibenarkan membawa kereta ke kolej pada ketika kami sampai. Kesesakan ketika itu memaksa hamba & sepupu turun kereta, berlari ke atas kolej. Kali pertama mendaki tangga maut itu. Sepupu sudah pancit rasanya ketika itu. Hamba masih boleh bertahan. Sisa stamina yg berbekas hasil daripada bergiat dalam pengakap di sekolah, mungkin. Pak Long, dgn bantuan Pak Cik Majid rasanya, dapat naik ke kolej. Hehe. Mudah kerja diorang. Tak perlu nak angkat barang banyak-banyak. Kan? Usai hamba di kolej, hamba terus tercari-cari tempat mendaftar. Pencarian membawa hamba ke Angsana. Masa itu, hamba terkesima lagi. Terkesima dgn senibina bangunan, dgn orang-orang yg mendaftar, para pendaftar & lain-lain. Sudah-sudah terkesima, hamba beranikan diri mencari peluang mendaftar kolej. Maka pergilah hamba mengisi borang segala bagai lalu disuruhnya hamba mengambil kunci di dalam dewan :/

Masih teringat lagi. Ketika beratur untuk mengambil kunci bilik, hamba nampak seseorang di hadapan hamba. Muka dia sangatlah tiada keMelayuan. Sangat ketara baka Cina padanya. Nampak sombong pula. Tapi hamba hiraukan. Hamba terus sahaja beratur, ambil kunci & bergegas kepada Pak Long. Kami mula memunggah barang-barang masuk ke bilik. A2601C. Ketika itu, ramai orang. Guna tangga lagi sebagai perantara. Sesampainya di bilik, terjumpa dgn mamat yg sama ketika di Angsana. Tidak diduga dialah yg akan menjadi rakan sebilik. Itulah Faizran yg hamba kenal sehingga kini. Antara insan-insan pertama yg dikenali di Puncak Alam. Ya, kami berkenalan sebelum bertemu dgn yg lain-lain lagi. Kali pertama juga hamba bertemu dgn ibu bapanya. Kali kedua entahkan bila lagi. Untunglahh siapa-siapa yg berkesempatan bertemu dgn ibu bapanya beberapa kali T.T Selesai memindahkan barang, Pak Long & satu keluarga disalami. Pak Cik Majid juga. Tinggallah hamba memulakan hidup di Puncak Alam.

Masih teringat lagi. MDS yg agak membosankan, sebenarnya. Kebanyakan aktiviti dipenuhi dgn pendaftaran sana-sini. Tapi seperti biasa, hamba cuba mencari keseronokan dalam kebosanan itu. Tak adalah bosan jadinya, bukan? Faizran, Fitri serta Irfan didampingi. Masa itu baru hamba sedar yg hamba can get along well with Faizran. Dia tak lah sombong sepertimana first impression hamba. Memang kami berkepit sahaja ketika MDS. Malah Faizran & hamba seperti tak boleh berpisah ketika itu. Tak tahu kenapa sekarang sudah berkurang sedikit. Mungkin kerana terlalu ramai sahabat sudah ditemui. Benar, kini clique kami sudah disertai Adilah, Fera, Suffi, Ariff Ashyraf & siapa-siapa lagi lah berbanding hanya hamba & Faizran asalnya. Tak terfikir nak buat senarai lengkap pun. Hehe. Apapun, Fitri & Irfan tak termasuk dalam senarai clique tersebut. Mungkin kerana Fitri di Asasi Kejuruteraan & Irfan pula berdamping dgn rakan-rakannya di MRSM dulu. Apa pun, hamba sangat rindu akan keadaan itu.

Hampir terlupa pula. MDS ketika itu sehingga hari Khamis sahaja. Maka ketika weekends, Faizran membawa hamba berjalan-jalan di Kuala Lumpur untuk pertama kali. Sempat berjalan di Low Yatt & KLCC. Dia siap belanja Sushi King lagi. Sangat terharu ketika itu ya :') 

Di akhirnya, pada hari ini, hamba masih lagi bernafas. Alhamdulillah. Sukacitanya, ingin hamba coretkan juga di sini bahawa menyertai keluarga Asasi Sains UiTM Puncak Alam bukanlah suatu penyesalan. Hamba rasa berbaloi. Banyak perkara dipelajari. Banyak rakan seperjuangan ditemui. Rakan seperjuangan yg dirasakan sejati. Memang hamba berhajat untuk tidak berdamping lebih dgn rakan-rakan ketika Ijazah Sarjana Muda (jika hamba ada membuat kawan) seperti mana hamba berdamping dgn rakan-rakan dalam keluarga Asasi Sains UiTM Puncak Alam. Bukannya tak boleh move on, cuma ikatan itu dirasakan terlalu kuat untuk diputuskan. Tak tahulah bagaimana perasaan mereka yg lain. Semoga mereka turut merasakan begitu. Paling penting, semoga ukhwah yg dibina ketika pengajian asasi kekal utuh walaupun pada fitrahnya, manusia sering lupa. Mudah-mudahan. 

Oh. Hamba ingin mencadangkan agar sesuatu boleh dibuat agar tarikh 23/5/2010 ini akan dikenang-kenang oleh setiap ahli keluarga Asasi Sains UiTM Puncak Alam sesi 2010 / 2011. Harap-harap somebody will come out with the courage. Well, I can come up with the plans, anyways, but I need backups T.T 


Walau apa pun, maafkan hamba. Tiada gambar yg menarik yg dapat dikongsi. Sekadar mainan kata-kata yg rasanya cukup untuk membolehkan tuan-tuan hamba berimaginasi. Assalamualaikum.

Gambar ketika hari pertama pergi kuliah, seminggu selepas MDS.
Satu-satunya gambar yg mengingatkan hamba kepada 23/5/2010.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...