Sunday, May 22, 2011

The rough timeline for the past Four Days.

Assalamualaikum. Melihat tarikh last post dibuat. 18 Mei. Ohh. 345.6K seconds since the last post. Lamanya.

BTW, to recap it all, hamba baru sahaja berpindah rumah. Dari rumah MIA di Setiawangsa, kini hamba tinggal di sekitar Flat Dato' Haron, Taman Medan. Lebih kurang begitulah. Bila ya berpindah? Oh. 19 Mei yg lalu. Sepatutnya bekerja ketika itu tetapi terpaksa menghilangkan diri atas alasan berpindah rumah. Namun sempat lagi kami menonton Insidious di TGV Sunway Pyramid. 


Rumah yg diduduki kini ------> rumah pangsa. Tingkat 11. Alhamdulillah. First impression sangat baik setakat ini. Tak seburuk gambaran kebiasaan sesebuah rumah pangsa. Setanding dgn kolej Angsana di Puncak Alam, tapi sudah tentu kolej Angsana jauh lagi baik & baru. Hehe. Sepatutnya bekerja pada hari ini. Namun, bahana kelambatan memindahkan segala macam barang, maka hajat bekerja dibatalkan. Tuan rumah merupakan seorang pelajar jurusan Master in Clinical Psychology, UKM. Sangat menarik. Banyak persamaan ditemukan. Anime. DOTA. Wahh. Tak sangka sungguh. Dia agak membantu dalam menyiapkan kajian hamba tentang bidang Psychology sebagai pilihan jurusan pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda. Hurmm.

The downside? Pasti ada. Pengangkutan, semestinya. RM4.10 untuk perjalanan pergi kerja SAHAJA. Wah wah wah. Ini melebihi kebiasaan serta perancangan sendiri yg menetapkan belanja pengangkutan tidak boleh lebih RM2 untuk sekali perjalanan. Hamba cuba juga mempengaruhi Fikri Syafiq untuk bertukar rumah sewa, tapi dia membantah. Sukar untuk mencari rumah yg murah, katanya. Apa-apalah. Tiada hamba menyalahkan dia.

Sedikit-sebanyak, ini mempengaruhi hamba untuk membuat keputusan. Hamba akan terus bertahan sehingga gaji diperoleh. Kemudian, beransurlah hamba pulang ke Melaka. Tiada tapi-tapi. Tiada dalih-dalih. Muktamad. Semoga pendirian ini tidak diganggu-gugat, kerna hamba rasa inilah yg sebaik-baiknya untuk hamba. Kiranya ada dua tiga minggu lagi untuk hamba berkelana di sini. 

Akan tetapi, Faizran & MIA ingin ke Melaka pada 1, 2 Jun ini. Sudahlah hamba tidak bercuti pada hari tersebut, gaji pun belum tentu berada di tangan hamba pada masa itu. Haih. Masih mencari penyelesaian untuk perkara ini. Nampak gaya seperti ianya akan berakhir dgn hamba tinggal di Melaka sambil menggumam geram mengetahui mereka berada di Melaka, tanah tumpah darah hamba tanpa kewujudan hamba di situ. Ahh. Pedulikan. 

Pada masa yg sama, hamba rasa hamba kena kembali membanyakkan minum air masak seperti dulu. Risau pula jika paras gula dalam darah meningkat. Semoga tiada apa-apa berlaku.

Ohhh. Tentang UPU? Pilihan sudah dibuat. Sedikit final check & kita tunggu keputusan Julai nanti.

Sudah sudah. Tiada menjadi kegemaran hamba untuk bercerita tentang diri sendiri T.T

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...