Saturday, May 28, 2011

Pengaruh Buruk Rakan Sekerja.

Assalamualaikum. Alam pekerjaan adalah alam yg sangat perlu tahap keberwaspadaan yg tinggi, terutamanya kepada rakan sekerja. Maklum sahaja, rakan sekerja ini kadang-kadang berbeza-beza matlamat kerja mereka. Ada yg bekerja hanya kerana wang, ada yg bekerja hanya kerana mahu berseronok, ada yg bekerja hanya kerana pangkat & lain-lain. Silap haribulan, tersalah pengaruh, merana jadinya. Bukan sedikit rakan sekerja yg bisa membawa pengaruh buruk andai tidak dijaga pergaulan. 


Misalannya, di tempat kerja, sudah tentunya produktiviti itu sentiasa ditagih sepanjang masa. Mutu kerja & disiplin menjadi penilaian sepanjang masa. Namun, jangan alpa akan mereka yg hasad. Mereka yg gemar melihat anda jatuh. Mereka yg lebih gemar anda berada dalam kelompok golongan biasa-biasa seperti mereka. Mereka yg lebih suka anda bersama mereka membuang masa di tempat kerja daripada melipatgandakan hasil kerja untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Mereka ini juga yg paling kuat menghasut & memfitnah. Asalkan anda jangan naik. Kalau boleh, mereka tidak mahu anda lebih tinggi daripada mereka. Tapi sudah tentu, ini hanya dipakai apabila anda sudah mula bekerja dgn serius selepas mendapat segulung ijazah kelak. Tidak perlu memberikan perhatian jika anda di dalam keadaan untuk bekerja secara suka-suka & sekadar mencari pengalaman seperti hamba kini.

Tidak dilupa juga akan kewujudan rakan sekerja yg menyulitkan hidup. Bagaimanakah? Mereka ini mungkin berada dalam keadaan sentiasa bersendiri (forever alone) sehingga mereka menagih perhatian rakan sekerja yg lain. Mungkin dalam bentuk persahabatan yg rapat, kasih sayang, cinta & lain-lain. Ini akan merosakkan kehidupan peribadi rakan sekerja yg lain yg mungkin telah sedia kukuh. Ya, mungkin ada rakan sekerja yg telah berkahwin, punya kehidupan lain bersama rakan-rakan selain di waktu pejabat, kekasih & sebagainya. Maka, perbuatan seperti inilah yg merosakkan hubungan sedia ada tersebut.

Juga, akan biasa ditemui rakan-rakan sekerja yg agak memperlekehkan solat. Alasan mereka ---> kerja. Jika ada kelapangan, mereka lebih selesa berborak-borak @ bergurau senda di tempat kerja daripada menggunakan masa yg sangat terhad itu untuk bersolat. Lebih sedih lagi, ada juga lelaki yg agak berat kakinya untuk bersembahyang Jumaat. Haih. Kadang-kadang terasa diri sendiri macam pelik pula sebab rasanya hanya diri ini yg bersolat di situ. Kadang-kadang rasa malas nak bersolat pun ada juga. Persekitaran. Haih =.= Hurmm gaya bercakap hamba ni macam hamba baiklah sangat kan :/

Turut sama, ialah sangat sulit untuk menemukan persekitaran kerja yg terasa seperti berada dalam sebuah keluarga. Ini terpulang kepada pihak pengurusan & kakitangan juga. Saling memahami, tidak menyombong, punya kesabaran yg tinggi serta tidak mementingkan diri adalah kunci penting ke arah itu ya. Kalau ini semua tiada, masakan tempat kerja tidak terasa seperti periuk nasi tunggu masa nak beli baru :/

Bila difikir-fikir kembali, alam pekerjaan selepas selesai peperiksaan SPM jauh lebih menyeronokkan. Rakan-rakan sekerja yg rata-ratanya sebaya, duduk berhampiran, masih merenung masa hadapan, berkongsi pandangan yg sama tentang kehidupan. Mereka sangat membantu! Ketika bekerja di situ, hamba benar-benar terasa seperti berada di rumah walaupun ketika itu hamba baru sahaja lari dari rumah. Hurmm. Okay rasa ingin buat reunion dengan rakan-rakan sekerja McDonald's Mahkota Parade 2009/2010. Huhu. Oh, bila difikirkan, kami tidak pernah bergambar bersama-sama T.T Bilalah nak ada peluang lagi ni?

Sekian. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. ko nih. grab a memory laa while it last. a memory a lifetime nih. keje pas asasi.haha

    ReplyDelete
  2. haha. xnak la. aku da tawar ati nak buat kenangan dgn kerja baru aku sejak aku resign kat McD tu T.T tunggu la aku keje lps deg nnt ye kot, God willing :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...