Wednesday, June 29, 2011

Sudah sudah lah tu Tukar Kerja.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah
Dapat kerja dekat Watsons
Watsons JJ baru pulak tuh
Padahal hari tu ada gak mintak tapi katanya takde vacancy
Hurmm. Rezeki kot.
Dah kata nak kerja mulai Ahad ni.
Sabtu ade hal. Heheh.
Kiranya Khamis (esok) atau Jumaat aku last day kat Petronas.
Harap harap bos kat Petronas bagi aku pergi dgn cara baik.
Pergi dgn gaji ye. Taknak lah pergi tanpa gaji. Habislah aku nanti X__X
Kiranya I'll treat this job at Petronas as "some work while waiting for a job offer at Watsons".
Yalah, nak kerja cepat cepat kat Watsons pon buat ape.
Gaji tetap kira untuk bulan depan
Tak ke nanti lagi merana aku nak tunggu duit masuk?
Kiranya okaylah kerja Petronas, ada gak duit siket nak buat naik KL nanti.
Walaupun aku memang takkan suka bau minyak serta urusniaga rokok yg berlangsung.
Lepas ini, I'm done with mencari pengalaman kerja di pelbagai tempat kerja.
Cukuplah keperitan bekerja di tempat yg ada melibatkan arak (Parkson) & rokok (Petronas).
Maka, kalau nak bekerja separuh masa pon selepas ini sementara menunggu cuti sem & lain lain
sila cari kerja dalam bidang fast food (macam McDonald's) atau farmasi ye (macam Watsons)
Oh ya. Bulan Julai menghampiri. 
UPU tolong bagi keputusan positif. Saya teringin nak buat ijazah bulan sembilan nanti.
Taknaklah baru kerja Watsons, kena letak jawatan sebab nak sambung belajar pulak kan.
Ahh. Hari ini kerja malam lagi. Perlu bersiap.
One or two more days & I'm off this work.
Assalamualaikum.

P/S: Semua orang boikot aku ke? Pageviews nyawa nyawa ikan, like kat Facebook pon ye tak ye je. Kalau aku privatekan semua nanti tau pulak marah. Huhu. Ceit. Gila glamour jugak aku. Takdelah. Cuma terfikir, mana pergi seramai ramai orang yg kononnya mengambil berat. Bila kita sudah lama tidak berhubungan, jadilah begini, saling melupakan. Haih. Lumrah manusia. Mungkin aku perlu mencari pakar supaya penambahbaikan blog aku yg noob ni dapat dipercepatkan T.T  

4 comments:

  1. abislah aku kalau sampai ke anak cucu nanti kerja watsons je wuwuwu T.T

    ReplyDelete
  2. hahaha. afiq2.. sempat lagi p/s kat bawah tu. :P

    ReplyDelete
  3. heheh. i've time for everything. ceit. puyu gila.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...