Tuesday, August 16, 2011

Kerumitan Sang Pemilik Diri.

Assalamualaikum.
Aku kurang gemar bercerita pasal diri sendiri.
#fakta
Jauh di sudut hati
Diri ini berharap sangat 
wujudnya insan yg sangat peka
di luar sana
yg begitu arif
yg mampu mengesan
apakah yg berlaku
tanpa diri ini perlu berkata apa apa
lalu dia akan memaksa untuk merungkai ceritera
tanpa aku terpaksa berusaha
untuk mencari ruang
bagi memuntahkannya sendiri
kerana sememangnya 
tindakan ingin sahaja dilebihkan daripada kata kata
dan ingin sahaja dikunci mulut
selagi tiada ketemu
jauhari yg bisa mengenal manikam.

Idealisme yg tidak berpijak
pada bumi yg nyata
bukan?
Tapi ape boleh buat.
Itulah kehendak 
kemahuan 
taste diri sendiri. 
Hurmm.

Namun
Tidak molek andai perkara itu dicapai
dgn menggunakan pembubuhan stigma
kerana walaupun aku boleh dibaca
aku sukar diramal. SANGAT SUKAR 
Pembubuhan stigma
hanya akan membuatkan evolusi sendiri terganggu
dan keadaan itu sangat dilarang
dalam kota larangan peribadi.


Arakian
cara terpaksa diubah
berikutan dalam banyak keadaan
peranan diberi
 seringkali menjadi pendengar yg setia
pemerhati dalam senyap
lebih banyak menyerap maklumat 
daripada mengeluarkan
tapi bukannya maklumat ilmiah pon
sekadar kutipan cebisan pengalaman hidup duniawi
daripada para pelakon lain
yg turut berkongsi pentas.


Bagaimanakah?
Yakni dgn mendengar & memerhati
sampai ke satu tahap
Sisi sendiri akan diluahkan.
"One secret traded for another."
Itulah pegangannya.
Haih.
Nasib baik kunci evolusi berada dalam tangan
kalau tidak, jadi static lah jawabnya.

P/S: Ada satu sebab 
kenapa aku masih bergantung harap 
---> kau mungkin jauhari 
yg aku cari. 
Jauhari berbakat. 
Punya kelebihan
yg takkan sama seperti yg aku latih sebelum ini.

Setakat ini
selain Dia
hanya aku sahaja yg tahu 
apa yg tersirat
di sebalik topeng yg aku pakai.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...