Assalamualaikum.
Ramadhan sentiasa menjadi bulan yg istimewa.
Segala manfaat yg diperoleh
ditambah dgn kenangan ketika berpuasa
membuat diri rasa teruja
setiap kali Ramadhan menjengah kembali.
Masih segar dalam ingatan
minum air curi curi di peti sejuk
ketika umur enam tahun XD
tidak lupa juga
kenangan bertarawikh
ketika remaja
di masjid masjid
serta surau taman
berjalan jalan di bazar taman
seusai bertarawikh. Hehe
Memerhati gelagat manusia yg lalu lalang
benar benar mengasyikkan
pada tahap umur itu.
Teringin membeli belah seperti yg lain
Namun ketika itu masih belum pegang duit sendiri :(
Ramadhan yg lepas pula
benar benar mengesankan
Kali pertama
berpuasa di perantauan (konon)
sebagai pelajar asasi
berpuasa dgn rakan rakan asasi
Bersiap untuk peperiksaan akhir semester
Hari hari terakhir berpuasa pula
dihabiskan dgn bersama keluarga mak cik di Kota Tinggi
kali pertama menghabiskan masa bersama mereka
beraya pun di sana
*terharu*
sebelum kembali naik asasi selepas raya
untuk terus menduduki peperiksaan pfft
Tahun ini
belum ape ape
dah ade dugaan
Tahun ini
kali pertama berpuasa kembali bersama keluarga
Tahun ini
kali pertama berpuasa dalam keadaan bekerja
Tahun ni
sambil berpuasa kena kerja
kemudian kena bersiap utk ijazah
sebab raya keempat sudah kena pergi Perlis
kurang tekanan berbanding setahun dua yg lepas
tapi wahhh
rasa tak cukup tangan
Mudah mudahan segala urusan dipermudahkan.
Amin.
Menjangkakan satu lagi Ramadhan yg bermakna tahun ini
Semoga dapat dihidupkan Ramadhan tahun ini
seperti mana tahun tahun yg lainnya
InsyaAllah.
Semoga Ramadhan yg akan datang juga begitu
Harap harap kita akan dipertemukan pula
dengan Ramadhan seterusnya
Buat masa ini
Syukur kerana masih dipanjangkan umur
untuk bertemu dgn Ramadhan kali ini.
Alhamdulillah.
Teringin berkongsi beberapa lagu
yang seakan menjadi kewajipan
untuk dimainkan
acapkali Ramadhan menjelang.
Tapi biarlah dikongsi satu sahaja di sini.
Harapan Ramadhan oleh Raihan & Man Bai
Lama dah kot lagu ni
sejak budak budak lagi dah wujud
Sehingga itu
Assalamualaikum
dan selamat menyambut Ramadhan.
P/S: Kurang mengerti
Mungkin juga tidak mahu mengerti
akan mengapakah
kadang kala
Hari Raya lebih diutamakan
daripada ibadat puasa itu sendiri :|
aku suka P/S tu :]
ReplyDeleteHAHAHA. of all those blabberings? hehe
ReplyDelete