Saturday, April 16, 2011

Kalau Sudah Bekerja.

Bukan gambar saya.

Kepada yg nak cari kerja @ yg sudah bekerja, sila ambil perhatian :


Tika memilih kerja, pastikan kerja tu berfaedah. Maknanya ade sesuatu yg kita boleh belajar daripada kerja tu & bukan sekadar pengalaman @ duit. Untuk yg tak pernah kerja, tak kisah sangat kot. Yg pernah bekerja, adalah sangat-sangat ditekankan perkara ni. Sebab kalau sampai bila kita buat kerja yg sama, sampai bila kita nak maju? 

Tika bekerja, tolong sangat pastikan masa tu diatur sebijak mungkin. Salah atur masa, hidup boleh jadi tak keruan. Itu penting. Satu lagi, akal kena sentiasa sedia. Kadang-kadang kecemasan boleh berlaku bila kita paling tak jangka benda tu nak berlaku. Nak bagi contoh macam banyak sangat. Umpamanya outstation, kawan-kawan lama ajak melepak, urusan hidup lain mcm mandi makan kemas rumah DLL. Hurmm.

Paling penting, perkataan penat adalah WAJIB dibuang daripada kamus org bekerja. Memang lah, kerja itu memenatkan. Tapi kalau nak fikir penat je, macam mana dgn urusan hidup lain? Dibiarkan terbengkalai begitu sahaja? Memang tak lah kan. Kepenatan itu bisa membawa kepada sifat negatif lain. Maka, sebelum jadi lagi teruk, kita buang perkataan penat tu jauh-jauh. 

Lagi satu, bila bekerja, jangan dibawa hal bekerja itu ke mana-mana TERUTAMANYA ke rumah @ tempat tidur. Pantang besar ye. Paling pantang bagi org yg sudah berkahwin & beranak-pinak. Helo, anak-anak bukan nak dengar ibu bapa menbebel pasal kerja menimbun, kerja tak siap, kertas kerja rosak, majikan gatal serta segala bagai. Ada lagi perkara yg lebih penting daripada kerja - yakni cahaya mata bagi mereka yg berumah tangga serta kehidupan bujang bg mereka yg tidak berkeupayaan utk berkahwin @ single. Tak salah kongsi cerita, tapi sila keluar lepak kat mcD, kedai mamak & tempat yg sewaktu dgnny & bebellah sepuas hati. Ini pengalaman sendiri.  

Sekian saya mengarut. Terasa malas nak berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya tak bagus pon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...