Assalamualaikum. Mulai tika, detik & saat ini, biarlah hamba membahasakan diri sebagai "hamba" sahaja. Punca? Kerana hamba sememangnya hamba. Kepada pencipta segala. Yang tidak bisa disembah sesuatu yg lain pun melainkan-Nya.
Arakian, hamba kini di persimpangan. Mungkin sekali lebih enak diistilahkan sebagai R&R, seperti yg biasa dilihat di lebuhraya-lebuhraya. Bezanya, lebuhraya yg hamba tempuhi ini tidak tentu lagi ke mana hala tujunya. Jawapannya bisa diketahui dua purnama kemudian. Sungguh, hamba seperti pasrah. Andai diikutkan hati, mahu sahaja diambil perubatan. Demi keluarga hamba yg tidak pernah memiliki seorang tabib sebagai ahli keluarga mereka sepanjang beberapa keturunan ini. Tapi hamba sedar. Keputusan hamba tidak sebaik mana. Untuk meminta biasiswa, sukar sekali. Hamba hanya mampu mengharapkan tuah & peluang kedua diberikan oleh-Nya. Purnama depan, hamba bercadang utk mengubah permohonan hamba. Sama ada perubatan, pergigian, sains aktuari & matematik. Tiada yg lain. Sudah, tidak mahu hamba akan kursus yg aneh pada pendengaran hamba. Kalau sedikit aneh pun mungkin forensik sahaja, lalu sudah. Ditutup pintu hati utk segala kursus lain buat masa ini. Melainkan Dia memberi ilham lain pula kepada hamba purnama depan. Sementara itu, hamba hanya mampu bekerja mengumpul wang. Wang yg bisa digunakan utk melunaskan sedikit hutang-piutang serta keperluan diri yg tertunggak, tidak ditunaikan kerana kesempitan rezeki. Walau bagaimanapun, segala penat-lelah hamba hanya akan berbayar juga pada purnama depan. Tiada disegerakan kerana pengiraan gaji berlaku hanya seusai hamba masuk bekerja. Lagi, terduduk termenung memikirkan bagaimana mahu hidup. Tidak. Meminjam bukan satu kemahuan hamba. Tidak. Menerima bantuan juga tidak termasuk dalam kod etika hamba. Puas sudah hamba menerima bantuan selama ini. Puas sudah polisi hamba dicabuli berkali-kali. Ya, hamba sedar hamba susah. Tapi biarlah. Hamba lebih rela mati daripada menyusahkan insan lain. Meminta-minta sememangnya bukan cara hamba. Cuma, satu pinta hamba : Apabila hamba tiada nanti, janganlah dibiarkan hamba tanpa kubur & nisan. Pusara hamba janganlah dibiarkan kering kontang. Bonda hamba juga janganlah tiada berjaga jika hamba pergi dahulu daripadanya.
Sekian coretan (atau carutan?) hamba yg lemah ini. Hamba bukan meminta simpati. Sekadar mendedahkan apa yg hamba sorokkan di sebalik topeng hamba beberapa ketika ini.
afiq !
ReplyDeleteehhh sarah! kau buat blog diam2 ehh.
ReplyDelete