Assalamualaikum. Nak share kat FB, tapi malas. Share kat sini je lah.
Objektif Penubuhan UiTM Berbeza Dengan Universiti Lain - NC
SUNGAI PETANI: Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak
berminat dengan sistem ranking universiti kerana agenda
penubuhannya adalah berbeza dengan universiti lain sama
ada di dalam atau di luar negara, kata Naib Canselor, Prof
Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Beliau berkata, UiTM tidak akan berlumba atau bersaing
dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain untuk menjadi
universiti terbilang.
"Matlamat penubuhan setiap IPT termasuk UiTM adalah
berbeza. UiTM mengambil pelajar miskin yang tidak ada
orang (IPT lain) yang hendak untuk menjadikan mereka yang
terbaik. Oleh itu apa sebabnya kita mesti menyertai ranking
dan bersaing dengan Harvard (Universiti Harvard di Amerika
Syarikat).
"Universiti Harvard terima pelajar yang kaya, ada kuasa,
anak-anak orang ternama dan mereka keluarkan siswazah
terbaik untuk Amerika.
"Jadi, bersaing dengan mereka adalah kerja bodoh dan kita
akan tersimpang jauh dari tanggungjawab dan tujuan asal
kita," katanya kepada pemberita semasa melawat UiTM
Kedah di Merbok dekat sini Rabu.
Beliau diminta mengulas tentang kenyataan Ketua II
Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul
Latiff Abu Bakar yang menggesa Naib Canselor atau Rektor
IPT yang ingin mengejar ranking sehingga meminggirkan
pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa
Melayu, supaya melepaskan jawatan.
Dr Sahol berkata, sejak awal lagi beliau telah menyatakan
pendiriannya tidak akan menyertai persaingan ranking.
Jelas beliau, dengan tidak menyertai sistem ranking, UiTM
masih mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Beliau juga tidak mahu dilihat oleh pihak tertentu sebagai
naib canselor yang "gila ranking."
Katanya, UiTM juga tidak bermasalah untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan meskipun menggunakan bahasa Inggeris
sebagai pengantar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
"Kita gunakan bahasa Inggeris tapi tidak pinggirkan bahasa
Melayu. UiTM merupakan satu-satunya IPT yang mewajibkan
pelajarnya mempelajari tulisan Jawi. Ini adalah usaha murni
untuk martabatkan bahasa Melayu," tegasnya.
Sumber : mStar Online : Objektif Penubuhan UiTM Berbeza Dengan Universiti Lain - NC
No comments:
Post a Comment