Assalamualaikum. Ya, hari ini saya di Melaka. Bukan apa, Faizran & Ariff Ashyraf sudah merantau ke Pulau Pinang & Perak, kemudian mereka melepak di rumah MIA utk turun ke Melaka di hari seterusnya yakni semalam. Tambahan lagi MIA yaitu tuan rumah saya juga ingin mengambil bahagian. Maka, saya tidak mungkin membiarkan sahaja mereka tanpa turut serta juga. Oleh yg demikian, saya mengambil keputusan melarikan diri daripada kerja. Walaupun pakaian seragam sudah tersarung di tubuh, saya rela kerana ini hanya sebentar. Sebentar sahaja ya. Tidak lama. Harap-harap mereka yg menjadi bos-bos saya menyedari hakikat ini & tidak akan melenting sekembalinya saya pada Isnin nanti. Walaupun alasan saya utk terbang kerja sangat tidak munasabah + kantoi. Tapi apa saya kisah? Asalkan saya memberitahu mereka yg saya akan ghaib utk dua tiga hari karena keberadaan saya di Melaka. Heee. Maafkan saya Fikri Syafiq. Ketiadaan saya tentu menyulitkan anda karena anda bersendirian di rumah MIA serta terpaksa bekerja lebih T.T
Oh, saya sangat teruja tatkala melakukan perkara ini. Mungkin sekali karena agak lama juga tidak melakukan kerja-kerja gila (total random things) spt yg sedang dilakukan kini. Keterujaan saya menyebabkan saya menghubungi hampir semua kawan-kawan di Melaka utk mengumumkan keberangkatan saya. Ceh, lagak umpama seorang bangsatwan. BANGSATWAN ya. Sengaja disalah eja di situ. Perancangan asal ingin melepak dgn rakan-rakan di Melaka, tapi mungkin perancangan terpaksa dibuat semula lantaran Faizran & MIA tidak berapa gemar melepak dgn rakan seperjuangan saya di Melaka. Saya agak sedih juga dgn keputusan mereka. Sebenarnya saya sangat sedih dgn keputusan mereka (cover) sehingga termenung sendirian ketika kami masih dalam perjalanan. Tidak mengapalah. Hati ini cuba bertoleransi. Mungkin mereka tidak gemar dgn cara kami org Melaka bergaul sesama sendiri yg dilihat mereka agak kasaU. Hurmmm. Tiba-tiba terasa malu sendirian karena terpaksa membatalkan sesetengah perancangan yg dibuat dgn sesetengah rakan-rakan. Ampun.
Tidak mengapalah. Tengah hari sudah. Minta izin utk mengundur diri. Assalamualaikum.
|
Sempat bergambar sebelum beredar keluar utk berjalan-jalan. Belakang tu apartment Ariff, yakni menjadi tempat tidur sementara kami. |
|
Lagi? |
|
Apartment ini, siap dgn kolam renang. Hurmm. Menarik. Tapi tak lepak pun kat sini. Duduk apartment sahaja. |
(P/S : Percubaan menulis dalam BM penuh. Err, tidaklah penuh, mungkin sekadar 3/4 penuh usai ditolak segala kependekan ayat. Hurrmmmm BM saya sudah merudum. Sedih.)
No comments:
Post a Comment