Saturday, July 16, 2011

Menjelang Keputusan UPU & Hasilnya.

Assalamualaikum.
Usai sudah mendiamkan diri
Kini saya tampil dgn bicara berisi.
Konon.

Beberapa hari yg lalu
benar benar menyakitkan.
Hari Khamis
menjadi hari paling menyeramkan dalam hidup.

Alah.
Siapalah yg tak cuak
Esok hari tu (Jumaat 15/7/2011 yakni semalam)
nak keluar keputusan UPU kot!
Maka saya cuba menenangkan diri
dengan menonton Harry Potter
bersama Tira Azhar & rakan sekerjanya

Not my pic.
Ya
Saya sedar bahawasanya
saya bukannya peminat setia HP
tengok movie pon skip skip
Rasanya sempat tengok Chamber of Secrets
Prisoner of Azkaban
Philosopher's Stone (tapi macam tak habis)
Apa lagi eh? Itu je lah kot.
HP 7 Part 2 inilah satu satunya movie HP 
yg ditonton di panggung wayang. Sobs.
Takpe
Lepas ni kena keep on track balik lah
Itu je. Tak payah nak pening pening
walaupun macam biol lah jugak
agak lost
bila tengok HP Part 2
sebab tak tengok Part 1 tempoh hari

Ceritanya menarik.
Suka tu memanglah suka.
Namun
tidak cukup untuk melegakan hati
lepak lagi di McD DP 2 dgn Tira Azhar
Borak borak untuk melegakan hati
Sempat mesej Aisyah lagi 
untuk mencari sekelumit kekuatan
Terima kasih juga kepada Afiqah yg sudi menghubungi
Hati pon sudah sedikit lega
Balik rumah pon dah boleh lelap dgn tenang
itupon sampai pukul 4 lebih baru tumbang rasanya
sebab teruja sangat, mungkin.
Perasaan bercampur baur lah :/

Paginya
Bersiap macam biasa
Kemas kemas dll
cuma agak santai
sebab saya cuti
Heheh.
Itupon
Makin dekat pukul 12 
makin sejuk tangan
tak pernah pernah tangan sejuk
bila duduk dalam bilik
tiba tiba bilik tu
dah jadi macam freezer
Pfft.

Sehinggalah bila dah tengok sendiri
keputusan UPU
barulah rasa gementar tu beransur ansur hilang
Syukur tetap syukur
sebab dapat je apa yg dipohon
tapi tiba tiba rasa macam jauh sangat


Sebenarnya
Saya memang telah menjangka
serta bersedia
jika disepak ke Perlis
sebab itu saya meletakkannya dalam pilihan UPU
Namun
mungkin sebab saya baru dapat balik rumah
setelah 17 bulan merantau
maka hati agak berat nak pergi jauh jauh
Paling jauh boleh pergi pon
sekitar KL / Selangor

Sebelum itu pon 
ada juga memeriksa kelayakan kursus tersebut
di MQA
ingatkan tak diiktiraf
sekali salah check
UniMAP disangka UMP
pfft.
Bila diperiksa semula
syukurlah ianya diiktiraf
Oke tade motif pon perenggan ni.
Sekadar berkongsi.

Di penghujung hari
saya masih juga tidak begitu pasti 
ke mana saya harus pergi
laluan sudah dibuka
destinasi sudah diketahui
Parameter yg dipilih
juga tidak cukup diyakini
mungkin hanya menanti kesediaan diri 
yg tiba tiba hilang
untuk muncul kembali.

Sekian.
Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Bro.. gua student UniMAP.. jangan risau r, UniMAP is the BEST..u same course with me..haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...