Wednesday, April 27, 2011

Pembentangan Hasil.

Assalamualaikum. Hamba baru usai menyiapkan kajian hamba mengenai kursus-kursus pilihan ketika ijazah sejak kira-kira jam 2200 tadi. Agak biasalah, utk masa hadapan yg sedikit cerah, apa salahnya berkorban sedikit, bukankah begitu? Malahan hamba sempat membantu sebilangan rakan-rakan lain yg turut meminta bantuan hamba melakukan kajian bagi pihak mereka. Sedikit-sebanyak hamba turut beroleh faedah daripadanya. 

Hamba melakukan kajian berdasarkan minat & pegangan hamba. Seperti yg hamba pernah utarakan, tujuan hamba melanjutkan pelajaran adalah kerana ilmu itu sendiri yg ingin hamba pelajari, bukannya kerja yg boleh diperoleh dgn kelulusan tersebut. Tiada pula minat hamba utk fokus kepada satu subjek sahaja. Oleh sebab hamba sayang utk meninggalkan subjek yg lain yg dipelajari sekian lama sejak Tingkatan Empat, maka hamba cuba mencari subjek yg memerlukan kemahiran dalam kesemua subjek Biology, Physics, Chemistry & Mathematics. Jika ada pengecualian, biarlah Chemistry sahaja ditiadakan. Motif? Salahkan peperiksaan akhir asasi subjek Chemistry II hamba.


Lantas, apa yg ditemukan? Banyak perkara. Namun segala pilihan lain telah dicantas sehingga hanya tiga pilihan yg tinggal, yakni Biomedical engineeringBiotechnology & Biomedical science.

Biomedical engineering - namanya terang terang menunjukkan gabungan subjek Biology dalam perubatan & Physics yg diaplikasikan dalam kejuruteraan. Lebih maklumat di sini.

Biotechnology - ahh bagaimana mahu diterangkan lagi? Genetik menjadi mainan. Kejuruteraan masih diaplikasikan. Pengetahuan Biology masih penting, tapi dgn pemberatan kepada genetik. Juga dipanggil sebagai Industrial Biology seperti dlm rujukan.

Biomedical Science - tiket perjalanan jauh utk perubatan & pergigian. Kalau ketiga-tiga perubatan, pergigian & farmasi gagal digapai, di sinilah diri ini tercampak. Sememangnya hamba rasa sukar utk hamba mendapat ketiga-tiga pilihan itu. Persaingannya sengit amat. Namun hala tuju kursus ini masih lagi hamba perlu kepastian. Seseorg yg pakar perlu dirujuk dlm tempoh terdekat utk hamba langsaikan segala kekeliruan ini.

Yang lain diketepikan kerana tiadanya Biology & Physics dalam satu tempat. Sobs. Tidak mengapa. Asalkan ciri-ciri hamba yg di atas telah dipenuhi.

Motif hamba menaip di sini? Agar hamba tidak akan lupa hasil kajian ini. Sekurang-kurangnya sehingga hamba mengubah pilihan utk permohonan UPU Fasa 2. Mudah-mudahan.

Sekian. Hamba ingin melakukan kerja lain pula. Tidur? Mustahil. Tumbang sahaja tubuh ini, habislah hamba tidak ke tempat kerja nanti. Cukuplah semalam hamba tidak sengaja tidak datang bekerja. Moga-moga pihak majikan tidak mengamuk kerana ketidakhadiran hamba semalam. Assalamualaikum.

(P/S : Harus diakui, hamba menggunakan website UTM sebagai rujukan kerana keterangan mereka mengenai kursus berkenaan adalah sgt baik.)

2 comments:

  1. see, there's actually a lot of choices. :)

    ReplyDelete
  2. well. speechless. haha. seems like i can say goodbye to medic whatsoever. LOL. padahal ati masih nak lg tu T.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...