Aku mulakan semalam dgn main sejenis game ni dgn MIA dari 1200 lagi. Mula-mula tu rumet aku join, last2 kitorang berdua je yg main sampai kul 0700. Aku anggap ini sebagai pelepas tensen aku berikutan perkara-perkara yg berlaku semenjak dua menjak ni. Kot lah. Lepas je main, terus tumbang sampai 1100 kot. Melepas aku nak ke rehearsal awal2. Datang2 je shah da handle semua. Aku mcm da xde keje. Rasa bersalah sgt. Sorry shah! Pastu aku try la tolong2, tengok2 mana yg patot. Tapi rasanya mcm aku lg byk menyemak je daripada menolong. Haih, ni la dia. Sape suruh wat keje gila pastu tumbang. Kan baik aku terus bangun je. Leh jadi zombie.
Tengahari dalam kul 1200 tu, aku pergi lunch dgn Atiqah & Jannah. Tak senonoh je kan, da la dtg lambat, pastu pergi lunch pulak, padahal org lain tak makan pon. Afiq, Afiq (menggeleng-geleng). BTW during lunch tu aku try nasi kerabu. For the first time kot! Ni semua ajaran Ustazah Atiqah ye (ustazah aku plus cikgu bahasa Kelantan aku. Aku panggil ustazah sebab dia suka tegor aku kalau aku tak bagi salam setiap kali aku kacau dia kat IM facebook). Sangat2 nice. Nyesal kot xamik penuh sepinggan T.T
Okay, da lps smbyg sgala bagai, aku stay kejap tgk budak KPop then kul 1500 aku balik bilik. Ingatkan nak study, wat keje lab ke hapeh kan. Last2 aku end up mencari lagu utk blog. SENGAL. Yeah that's the word. Aku habiskan ptg tu just utk wat benda ni je. Aiyoooooooooo Afiq! Tak senonoh la ko ni. Rizal ampun sebab tak ikut ko balik Angsana ye.
Petang pulak, aku ajak member aku jalan2 jogging. Pakai la seluar pendek yg biasa guna time nak pergi jogging tu sebab da xde seluar lain. Last2 kena sound dgn pak cik baju biru. Kena la naik balik tuka seluar. Haih, aku pelik betul dgn manusia berbaju biru tu. Da brp kali aku jogging dgn seluar pendek, lepas je. Xde dia nk tegur ke hapeh. Semalam tu gak la dia nak sound. Nasib baik dia xsaman. Kalau dia saman, lg panas aku rasa. Tape la, last2 aku turun gak jalan dgn member aku tu. Jalan je la sebab seluar pendek tu la seluar jogging sehelai yg aku ade. Lain2 semua baru basuh semalam, baru jemur, maka ianya masih tak kering lagi. Ehh jap, nape cara aku cakap macam aku jalan tak pakai seluar je? O.o Member aku tu bawak member dia sorang lg. Dia jog lah, kitorang jalan je. In the end kitorang still naik atas sesama, siap leh pergi raffles teman beli barang jap + tengok kedudukan table utk member aku tu.
Waktu malam, lantaran ketidakbergunaan aku yg tidak menyiapkan kerja, jadi aku terpaksa menyiapkan segalanya dalam bilik. Consequently, aku tak pergi meeting committee lah. Firasat aku kata macam nyesal je tak pergi kan. Tapi pe leh wat, kerja punya pasal. Arep pon da kata nak lepak dgn aku nak saing wat kerja sama2. Namun dia ni gedik sikit. Nak pergi makan dulu. Aku pon ajak la makan kat Raffles, sebab kat Angsana ada ramai committee members, nanti ape lak diorang cakap kan kalau nampak aku. Aku da la tak menyumbang pape. (Kantoi gak sebab selisih dgn Atiqah & Adilah time nak makan tu. Mintak maaf guys)
Okay, so to cut it short, aku da siapkan kerja aku. SIKIT, sangat sikit sebab aku tumbang agak awal kerana kecapetan. At least da lepas kelas lah. Jadi kedudukan aku agak selamat sekarang. Arep punya tatau camne sebab dia balik awal. Ade kes dgn rumet aku. Tacing punya kes time sedang main sejenis game yg aku sebutkan tadi. Aku da tersepit kat tengah. Adeyy. Korang baik2 la cepat ye. Tak elok perang dingin lama2 ni. Huhu. Aku da mengantuk mcm haram ni sebab tak cukup2 tido. Pemalas Penat la katakan. Ala benda ni senang je kalau nak solve. Bagi aku kerja yg aku suka dalam kuantiti yg banyak, sure aku tak mengantuk. Cuma sekarang ni tak de benda best nak buat lagi. So menguap je la kerja aku. Tape sok time dinner nanti berasap-asap la aku nak ke hulu ke hilir kan. Tapi macam lah aku ade keje sgt. Aku macam tak menyumbang pape kot. Sangat sedih. Da la tak dapat dtg meeting semalam. Ade surprise party utk Fik. Tengok kan aku da kata aku pasti menyesal sebab tak datang. Waaa~
P/S : Malas nak tulis dalam English utk post ni. Boleh tak? Macam la ade orang nak baca kan =.=
No comments:
Post a Comment